Wednesday, July 22, 2015

Bebas Nyamuk Denggi ^_^



NEGERIKES HARIAN
PADA
21 Jul 2015
*JUMLAH KES TERKUMPUL
DARI 4 JAN 2015 HINGGA
21 Jul 2015
JOHOR566,256
KEDAH2528
KELANTAN16984
MELAKA71,108
NEGERI SEMBILAN11,165
PAHANG121,457
PERAK116,244
PERLIS0143
PULAU PINANG123,063
SABAH91,554
SARAWAK21,302
SELANGOR16137,621
TERENGGANU2549
WP KUALA LUMPUR214,181
WP LABUAN02
WP PUTRAJAYA0110
MALAYSIA31266,267
*Sumber Daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Dah sampai tahap kritikal kat Selangor yang tahap kritikal sampai 6X negeri kedua iaitu Johor. Marilah sama-sama bebas nyamuk Denggi. Janganlah perangi kerana mengikut The Secret oleh Rhonda Byrne, apa yang kita  nak perang dan musnah, akan tertarik lebih banyak lagi. 


Langlah-langkah bebas dari nyamuk denggi

Hari ini menerima tetamu dan maklumat penting tentang nyamus denggi ini. Bagus sebab perlu beri kesedaran kepada generasi muda iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Apabila kementerian kesihatan datang menyembur asap kena buat 3 perkara PENTING!

1. Buka semua tingkap dan pintu. (selalunya kita akan segera tutup bila terdengar bunyi kan! Ini adalah salah sebab tidak dapat bunuh nyamuk dan larva yang berada di dalam rumah kita)

2. Tutup semua makanan. (yang ini kita pasti buat termasuk simpan pakaian. Yang ini ok)

3. Keluar dari rumah. (kita pasti akan sembunyi dalam rumah ingat nak elak dari asapnya. Ini adalah bahaya kerana mungkin akan pengsan atau mati. Baru tahu bahayanya sembunyi dalam rumah saya. Anak kecil saya yang ada G6PD jadi saya selalu akan sembunyi dalam. Lain kali akan keluar bawa dia dan minta dia pakai kain basah di mukanya. Boleh elak asapnya kot. Tak confirm lagi)


Fakta penting tentang Denggi

Hanya nyamuk betina minum darah. Jantan hanya minum yang manis.

- Nyamuk membesar dari telur, larva, pupa, nyamuk dewasa dalam masa hanya 7 hari / seminggu! Laju tu.

- Lepas tu habislah. Boleh hidup sampai 30 hari atau SEBULAN! 

- Sehari boleh gigit sampai 4 orang! Bayangkan seekor nyamuk boleh gigit berapa orang dalam sebulan? 120 orang / seekor nyamuk!!!

- Boleh bergerak sampai 400m atau 15 tingkat! Hah! Jadi jangan ingat boleh selamat kalau tinggal condo sebab nyamuk pun boleh naik lif atau kereta :P

- Nyamuk betina hanya bertelur di air bertakung.

- Telur boleh hidup sampai setahun TANPA air! Akan hidup semula kalau ada air semula. Ini kehebatannya. Sebab itu perlu buang dan cuci semua tempat yang bertakung air seperti tandas dan tong air supaya buang telurnya.

- Tak payahlah minta orang spray asap sebab orang kementerian akan spray di dalam jangka masa tertentu. Kalau pakai spray saja akan menyebabkan nyamuk itu IMUN atau tak takut lagi spray asap itu lagi!

- Setiap minggu marilah guna masa HANYA 10 minit mencari telur nyamuk atau tempat yang bertakung air. 

- Boleh juga letak ubat  temebate yang boleh dibeli di My Pharmacy, Tesco, Giant, Vitacare, AEON, Mydin.


Maklumat lain mengenai denggi yang diambil dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi :

Demam Denggi

Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Rujukan
  • Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet, Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  • Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  • Dengue, DHPE Publications.
  • Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
  • Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
  • Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
  • Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.
  • Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.
Artikel Berkaitan:

Semakan akhir:26 April 2012
Penulis:Dr. Jasvinder Kaur
Penyemak:Dr. Thahira bt. Jamal Mohamed